(E-Learning) Kuiz Celik Kewangan BSN Secara Atas Talian Pelajar (SK)
19 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 18 oktober 2020, Pusat Internet (PI) Semop telah menerima kehadiran seorang pelajar sekolah rendah dari SK Semop untuk melakukan tugasan sekolah iaitu Menjawab Kuiz Celik Kewangan BSN Secara atas talian yang melibatkan pelajar (SK). Aktiviti ini disertai oleh seorang pelajar tahun 4 dari Sekolah Kebangsaan (SK) Semop. Kelas bermula dari jam 9.30 – 10.30 pagi.
Untuk makluman, Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) hari ini meneruskan usaha bagi melahirkan masyarakat celik kewangan. Oleh itu, Kuiz Celik Kewangan BSN ini boleh membantu adik-adik dalam memberi informasi yang berterusan mengenai pengurusan kewangan ideal.
Terima kasih kepada pelajar kerana memilih pusat internet sebagai lokasi pilihan untuk membuat tugasan anda. Oleh itu, kehadiran anda amat dialu-alukan ke pusat internet tetapi anda wajib memakai topeng muka, menggunakan handsanitizer dan jaga jarak 1 meter dalam pusat internet. Selain itu, hanya 5 orang peserta yang boleh memasuki pusat internet dalam satu masa. Terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :